Gerai jagung kontroversi – Suami isteri ditahan

Kuala Lumpur, Feb-
Polis menahan suami isteri pemilik gerai menjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang, berkait kontroversi papan tanda berunsur perkauman.

Timbalan Ketua Polis Sepang, G. K. Shan Gopal, berkata lelaki berusia lingkungan 60-an dan isterinya warga Indonesia berusia 50-an ditahan semalam untuk siasatan.

Katanya, lelaki itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis tetapi isterinya direman mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana didapati melakukan kesalahan tinggal lebih masa.

“Kita telah merekod keterangan tujuh saksi bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, NGO belia India menggesa pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap papan tanda dipaparkan penjual itu.

Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT) mengecam sekeras-kerasnya papan tanda berbahasa Melayu berunsur perkauman terhadap kaum India, seperti dilihat dalam video di media sosial.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, gesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap penjual jagung tersebut, walaupun lelaki itu sudah memohon maaf.

Katanya, tindakan undang-undang perlu diambil untuk dijadikan pengajaran kepada pihak lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here