Kuala Lumpur, Feb-
Polis mengesahkan tiga mangsa meninggal dunia akibat pengambilan dadah stimulan ketika menghadiri sebuah konsert Pinkfish Countdown 2024 ambang tahun baharu di Bandar Sunway pada 31 Dis lalu.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata pihaknya masih menunggu laporan patologi seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.
Punca kematian adalah stimulant drugs intoxication, manakala laporan seorang lagi mangsa masih dalam tindakan pihak hospital.
“Setakat ini seramai 53 orang saksi sudah dirakam percakapan berhubung kes berkenaan.”Masih lagi mangsa masih berada di hospital dalam keadaan stabil tetapi memerlukan pemantauan rapi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hussein berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan akan dirujuk ke pihak koroner selepas siasatan selesai.
Hussein dilaporkan berkata, pihaknya menerima empat laporan polis daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita.





















