Hari Peringatan Tahun Ke-14 Malaysia Vasudevan
Kuala Lumpur, Feb-
Hari ini adalah hari peringatan yang ke 14 bagi penyanyi terungguk Malaysia Vasudevan. Vasudevan adalah seorang artis yang berbakat tinggi dalam pelbagai seni. Beliau bersinar dalam pelbagai kebakatan seperti penyanyi, pelakon, pengarah, komposer, dan juga sebagai seorang insan yang hebat.
Malaysia Vasudevan dikenali sebagai “Kalai Mamani”. Suaranya yang memukau dan lagu-lagu yang beliau nyanyikan memberikan kedamaian kepada hati pendengar. Beliau mempunyai bakat dalam menyanyikan pelbagai jenis lagu seperti lagu rakyat, lagu cinta, lagu felsefi, lagu melodi lembut, lagu kesedihan, lagu humor, dan lagu yang penuh semangat yang menyentuh emosi.
Ketika kita mendengar lagu-lagu beliau, kita merasa bangga. Ya, bukan hanya kerana beliau penyanyi dari tanah air kita, tetapi juga kerana beliau mengangkat nama negara dengan menyanyikan lagu-lagu yang dikenali di seluruh dunia.
Dilahirkan pada 15 Jun 1944 sebagai anak kelapan dari pasangan Sathunayar – Ammalu di Malaysia, beliau mempunyai bakat dalam seni. Adik beradik sebayanya termasuk M.S. Veluchami, M.S. Ponnaiya, M.S. Valli Kutti, M.S. Velayudham, M.S. Krishnakutti, M.S. Lakshmi, dan M.S. Gopalan semuanya terlibat dalam bidang seni.
Di negara ini, mereka sering mengadakan pertunjukan teater di kebanyakan Ladang perumahan. Vasudevan turut menyertai pasukan yang menghasilkan filem “Raththappai” di India yang berasal dari teater yang dipentaskan di negara ini. Dalam filem tersebut, beliau berlakon dengan memeranankan watak seorang lelaki tua.
Walaupun pasukan filem telah kembali ke Malaysia, Malaysia Vasudevan kekal di India kerana beliau mahu meninggalkan kesan sebagai pelakon dan penyanyi. Beliau bekerja dengan pembantu pengarah muzik G.K. Venkatesh dalam filem “Raththappai”. Pada masa itulah, beliau berkenalan dengan Isainyani Ilaiyaraaja.
“Beliau menyertai kumpulan muzik Pavalar Brothers yang merupakan adik beradik Ilaiyaraja. Ia dikendalikan oleh Ilaiyaraaja, Gangai Amaran, dan Bhaskaran . Mereka turut terlibat dalam konsert-konsert.
Demi mendapatkan peluang, beliau berusaha dengan menaikdan turun kepada setiap syarikat filem, menghadapi banyak kegagalan. Bahkan pernah tidur di jalanan kerana tidak mempunyai makanan.
Pada tahun 1972, beliau mendapat peluang pertama untuk menyanyikan lagu “Palu Vikira Paththuma Un Palu Romba Suththama” dalam filem “Delhi to Madras” kepada pelakon tersohor Nagesh yang diterbitkan oleh Pollachi Rathinam. Beliau kemudian diberi peluang oleh Pemusik Mellisai Mannar M.S.Viswanathanuntuk menyanyikan lagu dalam filem “Bharath Vilas”.
Ilaiyaraaja memberi peluang kepada beliau untuk menyanyikan sebuah lagu yang berjodol “Malaiyittu Poo Mudikka Manamagala” dalam filem “Thalaipiravam”. Ia menjadi agak popular.
Selepas beberapa waktu, beliau menyanyikan lagu “Kaalam Seyyum Vilaiyattu” dalam filem “Kumasthavin Magal” yang diproduksi oleh A.P. Nagarajan. Dari situlah nama “Malaysia” ditambah depan namanya dan beliau dikenali sebagai “Malaysia Vasudevan”.
Pengarah Bharathiraja yang datang ke Chennai dengan impian menjadi Pengarah filem, mendapat peluang untuk mengarahkan filem 16 Vathinile. Dia mendapat peluang untuk bekerja dengan Ilaiyaraaja, rakan baiknya yang juga telah memberi muzik untuk banyak filem berjaya pada waktu itu.
Semasa persiapan untuk pelancaran filem tersebut, berlaku masalah dengan penyanyi SP Balasubrahmanyam yang sepatutnya menyanyikan lagu,mengalami sakit kerongkong teruk menyebabkan Malaysia Vasudevan, yang hadir pada majlis tersebut, dipilih untuk menyanyikan lagu tersebut. Beliau menyanyikan lagu tersebut dalam satu penggambaran sahaja dan memberikan persembahan yang luar biasa. Lagu ‘Sevvandhi Poo Muditha Chinnakka’ yang dinyanyikan bersama P. Susheela menjadi sangat popular dan diterima dengan baik oleh Bharathiraja, Ilaiyaraaja dan penerbit S.A. Rajkannu.
Oleh kerana lagu itu menjadi hit, Malaysia Vasudevan juga diberi peluang untuk menyanyikan lagu ‘Aattukutti Muttaiyittu’ dalam filem yang sama. Sejak itu, bendera kejayaan beliau terus berkibar tinggi selama bertahun-tahun.
Selain Ilaiyaraaja, beliau turut menyanyikan lagu-lagu di bawah arahan muzik dari pengarah muzik terkenal seperti M.S. Viswanathan, Shankar Ganesh, G.K. Venkatesh, Chandrabose, Gangai Amaran, A.R. Rahman, Deva, dan Vidyasagar. Lagu-lagu seperti ‘Kovil Mani Oosai’ menjadi sangat popular dan menjadi sebahagian daripada warisan muzik India.
Selain berlakon, beliau turut menyanyikan lagu-lagu dengan penyanyi-penyanyi terkenal dan memperoleh kejayaan yang lebih tinggi. Karya-karya beliau termasuk lagu-lagu yang menyentuh hati dan menjadi klasik dalam industri hiburan India.
Vasudevan berkahwin dengan Usha pada tahun 1976 dan dikurniakan tiga anak: Yugendran, Prashanthini, dan Pavithra. Mereka terus aktif dalam dunia seni, dengan Yugendran dan Prashanthini sebagai penyanyi latar belakang, dan Pavithra menjalankan restoran bersama suaminya di Klang.
Pada 20 Februari 2011, Malaysia Vasudevan meninggal dunia, namun lagu-lagu beliau terus hidup dalam hati kita dan menjadi kenangan indah yang akan terus dikenang sepanjang zaman.
























