Bangunan baru SJKT Ladang Byram akan dirasmikan masa terdekat

Georgetown, Feb-
Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinang (PDC), Dato Seri Sunderajoo berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat berbesar hati untuk merasmikan pembukaan SJKT Ladang Byram dalam masa terdekat, dengan harapan sekolah ini akan menjadi pusat pendidikan yang berkualiti tinggi dan selesa bagi generasi masa depan.

Beliau berkata sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil Pulau Pinang, beliau sentiasa komited dalam memastikan pembangunan sekolah Tamil di negeri ini berjalan lancar dan memenuhi keperluan murid serta guru.

Isu SJKT Ladang Byram telah berlarutan selama beberapa tahun, namun dengan usaha berterusan pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama PDC, satu tapak baharu telah dikenal pasti bagi membina bangunan sekolah yang lebih selesa dan lengkap dengan kemudahan moden.

“PDC telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan bangunan baharu ini, dan setelah beberapa tahun proses pembinaan, akhirnya sekolah ini bersedia untuk pemindahan. Sepanjang tempoh pembinaan, saya telah memantau rapat perkembangan projek dan memastikan sebarang penambahbaikan atau pembetulan yang diperlukan dilaksanakan dengan baik”, kata beliau.

Pada 31 Januari 2025 yang lalu, beliau telah turun padang untuk melakukan pemeriksaan akhir dan mengenal pasti pembetulan terakhir yang perlu dilakukan bagi memastikan bangunan ini benar-benar selamat dan kondusif untuk murid serta guru.

Kami telah merancang untuk membuka sekolah ini bagi sesi persekolahan 2025/2026 kata Sunderajoo .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here