PasirMas, Feb-
Seorang wanita warga emas yang didakwa terbabit kes curi pada majlis kahwin, hampir pengsan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri dalam bangunan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM2,500 pada awal bulan ini.
Tertuduh yang juga seorang penjual kuih, Tuan Maimun Che Tuan, 61, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.
Susulan keadaannya itu, sidang mahkamah terpaksa ditangguhkan selama 10 minit untuk memberi ruang tertuduh kembali tenang sebelum Mohd Fauzan menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan bermula dari tarikh sabitan hari ini dan denda RM3,000 terhadap wanita berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan curi dalam bangunan, iaitu wang RM2,500 milik seorang wanita berusia 59 tahun di Kampung Tasek Berangan, di sini, sekitar jam 12.42 tengah hari 1 Februari lalu.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya pula, hendaklah dihukum penjara dan juga boleh dikenakan denda atau sebatan.




















