Mujahid hadir ke Bukit Aman petang ini

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan tampil ke Bukit Aman petang ini bagi merakam keterangan berhubung Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mujahid melalui laman Twitternya memaklumkan beliau akan memberi kerjasama kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman pada jam 5.30 petang.

“Saya akan beri kerjasama, semoga dipermudahkan segala urusan semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara itu memaklumkan Mujahid dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes yang disiasat pada Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here