Pokok hempap kereta, lelaki maut

Petaling Jaya,Feb-
Bapa maut manakala seorang anak perempuan terselamat dalam kejadian kereta dihempap pokok, di Jalan Batu 3, Kampung Bukit Kuda, Klang.

Mangsa, Azhehari Ansar, 46, maut di lokasi kejadian.Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Klang Selatan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 6.31 petang.

Menurutnya, kejadian tersebut turut membabitkan anak perempuan mangsa berusia 13 tahun yang tidak mengalami kecederaan.“Kanak-kanak terbabit telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam, manakala bapanya tersepit dan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk pemandu.

“Mangsa, Azhehari Ansar, berjaya dikeluarkan pada 7.12 malam dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here