Jaga tindakan, tutur kata elak polemik 3R, PM

Kuala Lumpur, Mac-
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi teguran kepada semua pihak supaya menjaga tindakan dan pertuturan bagi mengelakkan polemik 3R (raja, agama, kaum).

Amaran itu diberikan selepas kontroversi melibatkan penyampai radio 3 Pagi Era Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani mempersenda tarian kavadi Hindu melalui rakaman video yang dimuat naik di platform media sosial stesen radio itu.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Anwar mahu tindakan yang menggugat keharmonian negara itu tidak seharusnya berulang dan setiap individu wajar mengutamakan sikap hormat-menghormati dan berkasih sayang dalam bermasyarakat.

“Perdana menteri juga menekankan kepentingan seluruh rakyat untuk mendakap kemas prinsip Rukun Negara selaku asas perpaduan yang harus dihayati dan diamalkan.“… untuk kita bersama mempertahan keharmonian serta menolak usaha dan tindakan yang boleh memecah belah perpaduan nasional,” katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri.

Terdahulu, Astro Audio menggantung tiga penyampai berkenaan serta dua lagi kakitangan susulan kontroversi rakaman video mempersenda tarian kavadi Hindu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here