Pukul budak sekolah tiada lesen memandu, lelaki ditahan

Petaling Jaya, Mac-
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pukul pelajar sekolah menengah sehingga retak hidung, susulan perselisihan faham di jalan raya.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 17 tahun lebih kurang 9.30 malam semalam bahawa dia dipukul suspek berusia 39 tahun, semasa berada di kawasan berhampiran Saujana Impian, Kajang.“Kejadian berlaku pada lebih kurang 2.15 petang semalam.

Siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan selisih faham semasa memandu di atas jalan antara pengadu dan suspek tersebut.

“Dalam kejadian ini pengadu telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan retak tulang hidung akibat dipukul,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata, mangsa yang tidak mempunyai lesen memandu turut dikenakan tindakan saman trafik.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 279 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai dinasihat sentiasa berhemah semasa memandu dan tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here