Lelaki mengamuk di Flat Sri Perak

Kuala Lumpur, Mac-
Seorang lelaki warga asing mengamuk sebelum cuba terjun dari tingkat 10 Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul, di sini semalam.

Berada di bawah pengaruh dadah dipercayai punca lelaki itu cuba terjun

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar pukul 5.12 petang semalam.

“Siasatan mendapati lelaki warganegara India berusia 27 tahun yang berada di luar tingkap rumah dalam keadaan mengamuk dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

“Individu itu mengugut mahu terjun dari bangunan sambil memecahkan cermin tingkap rumah,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Sukarno berkata, bagaimanapun, individu terbabit berjaya diselamatkan pihak berkuasa.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan seorang lelaki yang tidak memakai baju berdiri di luar bangunan sebuah flat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here