Penuntut wanita parah ditikam teman lelaki

Sungai Petani, Mac-
Seorang penuntut wanita institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah ini parah dipercayai ditikam rakan lelakinya di kampus semalam.

Mangsa dipercayai mengalami kecederaan serius di belakang badan akibat tikaman dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan, kedua-dua mereka berusia 19 tahun adalah pelajar asasi di IPT terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakannya berjalan menuju ke perpustakaan sebelum dihampiri suspek.

Suspek dipercayai menikam belakang badan mangsa sehingga mangsa rebah dan suspek juga dipercayai cedera pada tangan disyaki akibat pergelutan dengan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata suspek ditahan susulan laporan dibuat pihak keselamatan universiti ketika mendapatkan rawatan di klinik kampus berkenaan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here