Warga emas tampar pemuda diberi DNAA

Johor Bahru, Mac-
Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) warga emas yang didakwa menampar seorang pemuda yang dikatakan ‘tidak berpuasa’, Ahad lalu.

Majistret A Shaarmini membuat keputusan berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatihah Mohd Nizam, memaklumkan mendapat arahan untuk merujuk semula kertas siasatan kes berkenaan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

Nur Fatihah memaklumkan mahkamah, beliau baharu menerima arahan berkenaan daripada AGC.

Ia menyebabkan anak tertuduh yang berada di galeri mahkamah terkejut dengan arahan terbaharu berkenaan.

Terdahulu, kes berkenaan sempat menjalani prosiding apabila tertuduh, Abdul Razak Ismail, 65, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret A. Shaarmini.

Abdul Razak didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda berusia 21 tahun di kedai serbaneka di sebuah pusat beli-belah di sini, jam 3.45 petang, Ahad lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Namun apabila Majistret bertanya semula kepada tertuduh sama ada beliau mahu dibicarakan, beliau tetap mengaku bersalah walaupun tidak bersetuju dengan fakta kes dibacakan.

Ia menyebabkan Majistret menolak pengakuan bersalah tertuduh.

“Saya terpaksa menolak pengakuan bersalah bersyarat dibuat tertuduh kerana pengakuan bersalah seharusnya dibuat tanpa bersyarat,” kata Majistret.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here