Remaja lari lawan arus sekatan jalan raya parah kemalangan

Kuala Lumpur, Mac-
Seorang remaja lelaki mengalami kecederaan parah selepas cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dengan menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA), Seksyen 14, pada Ahad.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 9 malam di Kilometer 7.3 Lebuhraya LKSA, remaja berusia 17 tahun berkenaan, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss, bertindak membuat pusingan U secara berbahaya bagi mengelak sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal bin Ibrahim, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang bertugas cuba menahan remaja tersebut, namun dia enggan berhenti dan bertindak menyeberangi jalan serta menaiki pembahagi jalan dengan cara berbahaya.

“Tindakan itu menyebabkan motosikal yang ditungganginya dilanggar dan diseret oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang melalui lebuh raya berkenaan. Akibatnya, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan serius.

“Remaja terbabit segera dihantar ke Hospital Shah Alam oleh pihak ambulans untuk rawatan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here