Polis, Tolong tangkap lelaki ini!

Kuala Lumpur, Mac–

Seorang lelaki warga asing yang menjadi tular dikatakan sering memperdaya juruwang dengan wang kertas RM100.

Dipercayai hampir 10 premis telah dikunjungi oleh lelaki itu dengan bukti televisyen litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan.

Menerusi CCTV, suspek pada mulanya membuat pesanan makanan dan membayar menggunakan wang tunai RM100, namun dia kemudian membatalkan pesanan tersebut dan meminta wangnya dikembalikan.

Bukan itu sahaja, lelaki itu menyelitkan wang tersebut di bawah telefon bimbitnya sebelum berpura-pura membuat pesanan baharu yang mengelirukan juruwang.

Selepas pesanan baharu dibuat, lelaki itu akan mendapat baki wang walhal wang RM100 terdahulu telah dikembalikan.

Tinjauan di ruangan komen di Instagram mendapati, rata-rata orang ramai geram dan mempersoalkan kenapa lelaki warga asing ini masih bebas dan belum ditangkap oleh pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here