Putrajaya, Apr-
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengeluarkan notifikasi ketidakpatuhan atau surat amaran terhadap premis yang gagal mematuhi Larangan Pameran Produk Rokok di Kaunter Jualan.
Bagaimanapun, Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pada masa ini pelaksanaan penguatkuasaan secara berfasa sedang berlangsung sehingga 1 Oktober depan.
“Penguatkuasaan berfasa masih lagi berlangsung dan sekiranya berlaku ketidakpatuhan, kementerian akan mengeluarkan notifikasi atau surat amaran kepada pihak terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar sempena Majlis Penyerahan Mesin Automated External Defibrillator (AED) di kementeriannya pada Selasa.
Perintah larangan tersebut melibatkan sebanyak 51,000 kedai yang menjual produk merokok di seluruh negara.



















