Gerge Town, Apr-
Anggota polis yang cedera parah dipercayai tertembak diri sendiri di bahagian kepala dalam kejadian di bilik pengawal IPK Pulau Pinang, petang Selasa, meninggal dunia petang tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad, berkata Koperal A. Francis yang berusia 58 tahun dari Kem Komandan, Jabatan Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang disahkan meninggal dunia pada 10 April, pukul 5.12 petang di General Intensive Care Unit (GICU), Hospital Pulau Pinang.
“Mendiang dari Kem Komandan, Jabatan Pengurusan IPK Pulau Pinang, telah disahkan meninggal dunia. Sebelum ini, anggota berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala akibat insiden tertembak diri sendiri pada Selasa,” katanya menerusi catatan di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.
Anggota polis yang bertugas di Cawangan Kem Komandan itu ditemukan parah di kepala dalam bilik pengawal IPK Pulau Pinang pada 6.12 petang Selasa lalu, dipercayai akibat tertembak diri sendiri.
Siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan dilepaskan daripada senjata yang digunakan anggota berkenaan.





















