Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Abdullah

Kuala Lumpur, Apr-
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Perdana Menteri kelima atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi malam tadi.

“Saya dan isteri merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah dan seluruh keluarga besar Allahyarham.

“Kita berterima kasih atas semua jasa Allahyarham kepada negara. Semoga roh Allahyarham dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” titah Seri Paduka Baginda yang dikongsikan dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada 7.10 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here