Kuala Lumpur, Apr-
Malaysia akan menerima sepasang panda gergasi baharu yang dianggap sebagai utusan khas China bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Penerimaan itu susulan Pemeteraian Perjanjian Baharu Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara kerajaan Malaysia dan China semalam, susulan lawatan Presiden Xi Jinping ke negara ini.
Perjanjian itu ditandatangani Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim bagi pihak kerajaan Malaysia, manakala Setiausaha Agung China Wildlife Conservation Association (CWCA), Yan Jian, mewakili pihak RRC.
Pertukaran dokumen perjanjian itu diwakili Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, manakala China diwakili Duta ke Malaysia, Ouyang Yujing, dengan majlis disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jinping.