Kuala Lumpur, Apr-
Seorang lelaki cedera selepas dipukul beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki di Medan Selera Puchong Permai, di sini, Khamis lalu, kerana mengganggu isteri orang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata dalam kejadian jam 5 petang ketika mangsa menyapa seorang kenalannya sebelum tiba-tiba ditolak individu tidak dikenali.
“Secara tiba-tiba, datang beberapa lelaki menolak mangsa dan seorang daripada mereka dalam keadaan marah menuduh lelaki itu cuba mengganggu isterinya.
Kemudian, mangsa dipukul oleh lebih kurang 10 lelaki menggunakan tangan menyebabkan mangsa bengkak di bahagian muka,” katanya dalam kenyataan.



















