Bas ekspres terbakar-29 terselamat

Kuala Lumpur, Mei-
Seramai 29 penumpang termasuk pemandu bas ekspres terselamat apabila kenderaan dinaiki mereka musnah terbakar dalam kemalangan dengan motosikal di KM 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kamunting, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata kejadian berlaku kira-kira 9.16 malam.

Difahamkan, ketika kejadian bas itu dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres telah menyeret sebuah motosikal yang terbabas ketika itu dan menyebabkan kebakaran bas berkenaan, anggaran kemusnahan terbakar 90%.

“Seramai 29 orang penumpang dan juga pemandu di dalam bas berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum ketibaan bomba,” katanya.

Beliau berkata, seorang mangsa iaitu penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here