HOSPITAL SEBERANG JAYA BERSTATUS RAWAT COVID-19

Butterworth, Sept 3-

Kementerian Kesihatan telah mengumumkan Hospital Seberang Jaya bertukar kepada status hospital merawat Covid-19 sepenuhnya setelah kes harian meningkat di negeri Pulau Pinang.

Sumber berkata Kementerian Kesihatan telah mengarahkan Jabatan Kesihatan negeri untuk mengambil langkah sewajarnya terhadap pihak pengurusan hospital berkenaan dengan perubahan tersebut.

“Penukaran tarikh janji temu akan dimaklumkan kepada pesakit dalam masa terdekat dan kerjasama semua dalam perkara ini amat dihargai,” 

Oleh kerana itu, Jabatan Pesakit Luar hospital akan ditutup. Pesakit luar yang datang untuk mendapatkan rawatan akan diminta untuk pergi ke klinik berdekatan, kata sumber itu.

Di Pulau Pinang, 23,442 jangkitan Covid-19 telah dilaporkan sejak 19 Ogos. Hospital Seberang Jaya adalah hospital terbesar di Pulau Pinang, terletak berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan di tengah-tengah Seberang Prai.

Pada masa yang sama, bangunan hospital baru juga telah dibina selama beberapa tahun dan akan menjadi hospital terbesar di rantau ini tidak lama lagi. 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here