Hannah Yeoh menang saman fitnah

Kuala Lumpur, Mei-
Mahkamah Tinggi memerintahkan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff, membayar ganti rugi RM400,000 kepada Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, kerana memfitnahnya dalam dua hantaran Facebook disiarkan pada 2017.

Hakim Aliza Sulaiman menganugerahkan jumlah itu sebagai ganti rugi am dan teruk—RM200,000 bagi setiap hantaran fitnah. Mahkamah turut memerintahkan Kamarul membayar kos guaman RM80,000.

Bagaimanapun, hakim menolak permintaan Yeoh untuk permohonan maaf secara terbuka dengan menyatakan ‘sebarang permohonan maaf tidak akan ikhlas’.

Difahamkan, Kamarul yang tidak hadir semasa prosiding mahkamah berhasrat memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Yeoh memfailkan saman itu pada 2022 berhubung dua hantaran Facebook oleh Kamarul iaitu artikel bertajuk ‘Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP di Malaysia’ dan satu lagi ialah laporan polis dibuat terhadap beliau dan kemudian dikongsi secara dalam talian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here