George Town, Jun-
Polis negeri ini menyelamatkan tiga lelaki warga Indonesia yang disyaki dikurung hampir setahun di sebuah kondominium di Jalan Dr Wu Lien Teh di sini, semalam.
Laporan kes ini difahamkan dibuat seorang lelaki yang datang dari Aceh, Indonesia untuk mencari keluarganya selepas hilang tanpa jejak sejak setahun lalu.
Tiga mangsa itu dipercayai dikurung di rumah berkenaan hampir setahun dengan kaki mereka diikat rantai besi serta pada jeriji tingkap.
Difahamkan ketiga-tiga mangsa tidak mengenali antara satu sama lain selain pasport mereka dipegang oleh seorang suspek atas alasan bagi mendapatkan pekerjaan.
Seorang daripada mangsa dikatakan sempat menghantar lokasi keberadaannya kepada keluarganya di Aceh sebelum pengadu datang membuat laporan kepada polis.
Susulan itu, empat individu termasuk wanita warga asing ditahan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Jun.




















