Gesaan Trump untuk tidak hadir sidang PBB-Malaysia tak hirau!

Kuala Lumpur, Jun-
Malaysia tidak menghiraukan gesaan Amerika Syarikat (AS) yang melobi negara asing supaya tidak menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan yang dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan, mana-mana negara berhak untuk hadir bagi menyatakan pandangan masing-masing.

“Mana-mana negara berhak hadir untuk mengemukakan pandangan mereka terutama keadilan bagi rakyat Palestin dan Gaza. Itu pandangan kita.

“Jadi saya menyokong inisiatif dalam hal ini oleh Putera Mahkota Mohamed bin Salman dan juga Presiden Perancis, (Emmanuel) Macron,” katanya ditemui media selepas solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, AS dipimpin Doland Trump sedang melobi negara-negara asing supaya tidak menghadiri persidangan PBB minggu depan yang dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi.

Persidangan dijadual berlangsung di New York dari 17 hingga 20 Jun, dengan fokus utama terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.Persidangan dijadual berlangsung di New York dari 17 hingga 20 Jun, dengan fokus utama terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here