Butterworth, Julai-
Seorang lelaki terselamat selepas pikap dinaikinya terkena tembakan daripada individu tidak dikenali di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior, di sini, petang semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 40-an yang berada dalam kenderaan itu sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah berkenaan.
Bagaimanapun, datang individu tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan pada cermin kereta tempat duduk pemandu sebelum meloloskan diri.
Sehingga kini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu. Punca kejadian masih dalam siasatan.




















