Pekerja Ladang Sungai Senarut dipecat kerja, Notis untuk kosongkan rumah dikeluar

(Krishnan Raju)

Johor Bahru, Feb 2.

Penduduk dan pekerja yang tinggal di ladang Sungai Senarut milik Syarikat Sime Darby telah diarah mengosongkan rumah di ladang tersebut dalam tempoh 3 bulan. Pada bulan November tahun lepas Notis arahan itu telah dikeluarkan kepada mereka. Tempoh tiga bulan telah tamat pada 31.1.2924.

Sekarang kami tidak mempunyai pekerjaan dan rumah untuk tinggal, M. Maheshwari (umur 43) memberitahu kepada Harian Tamil Makkal Osai. Dia bertanya jika mereka meminta kami keluar pada masa ini, mana kita boleh pergi dan tinggal. V. Krishnan ( umur 30) berkata, “kami tidak akan mengosongkan rumah yang kami duduki sekarang sehingga kami mendapat rumah lain”.

Kalaivani (45), yang berkerja sebagai penoreh pokok getah di kebun bertanya, “kalau disuruh mengosongkan rumah, ke mana kita akan pergi? Kita telah kehilangan pekerjaan. Kita akan tinggal di sini sehingga kita mendapat rumah,” .

Kami juga mempunyai kanak-kanak dan orang tua yang kena penjagaan, Majikan harus memikirkan semua ini. Saya dilahirkan dan dibesarkan di ladang Sungai Senarut ini. Saya bekerja dan menjalankan kehidupan di Ladang ini dengan gaji yang tidak seberapa banyak. Sekarang saya sudah tua. Pekerjaan sudah tiada. Sekarang jika mereka meminta saya pergi, bagaimana saya akan pergi dan bagaimana saya boleh membelikan rumah baru , demikianlah rungutan hati Neela Pusari (56 tahun) yang sudah bertahun-tahun menetap di ladang ini memberitahu rasa hampanya kepada Makkal Osai. Undang-undang perlu digubal bagi memastikan tempat tinggal untuk pekerja.

Ketua Penyelaras Jawatankuasa sokongan masyarakat Ladang, Karthikesu Rajamanickam (umur 43 tahun), bertanya jika mereka disuruh keluar pada umur yang sudah meningkat kepada 60 tahun dimanalah mereka boleh pergi untuk cari tempat tinggal dan pekerjaan baru untuk menyara kehidupan mereka? Beliau menyifatkan perkara ini sebagai tidak berkeperimanusiaan. Karthikesu meminta kerajaan pusat dan majikan kerajaan negeri bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dialami ini. Semalam (Khamis) suatu memerendom tentang perkara ini telah dihantar kepada Pegawai Khas Kaum India di pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Deepa.

Seorng Pemimpin parti PSM, Arangannal turut serta dalam mesyuarat ini, Deepa berkata beliau akan cuba berbincang dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini dengan lancar.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here