Polis siasat kejadian tular dua kenderaan saling berlanggar

Sungai Petani, Ogos-
Polis sedang menyiasat kejadian perlanggaran dua kenderaan yang dipercayai berlaku di Jalan Sekerat seperti yang ditular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian itu membabitkan sebuah kereta Toyota Corolla putih dan Nissan Grand Livina putih.

Beliau berkata, pihaknya terkesan satu video yang tular di media sosial berkaitan kejadian itu pada jam 8.30 malam semalam.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 1.35 petang selepas pengadu melihat kereta Grand Livina miliknya dilanggar lari oleh sebuah Toyota Corolla warna putih yang dipandu oleh seorang lelaki.

“Berikutan itu, pengadu mengejar kenderaan terbabit ke Jalan sekerat lebih kurang satu kilometer (km) dari tempat kejadian.

“Apabila suspek menyedari dia diekori pengadu, menyebabkan suspek berpusing dan melanggar sisi kanan Grand Livina yang dpandu oleh pengadu.”Suspek juga bertindak keluar dari kereta dan mencabar sebelum memaki hamun pengadu sebelum melarikan diri,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here