Kuala Lumpur, Nov 10
Percubaan peguam terkemuka Shafee Abdullah bertanding pemilihan Majlis Peguam bagi penggal akan datang, menimbulkan persoalan sama ada beliau turut mengintai jawatan presiden.
Seramai 39 calon memfailkan kertas pencalonan untuk 16 kerusi yang akan dipilih bagi penggal 2024/2025. Presiden akan dipilih dalam kalangan mereka pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Badan Peguam pada Mac 2024.
Seorang peguam senior berkata Shafee, ahli majlis bagi penggal 2006/2009 itu, mungkin mengintai jawatan presiden berikutan perbalahannya dengan kepimpinan majlis yang berterusan selama beberapa tahun.





















