Baucar buku Madani – RM100 pelajar IPT bermula esok

Putrajaya, Ogos-

Inisiatif baucar buku Madani bernilai RM100 kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) akan dilaksanakan bermula esok hingga 12 Dis ini yang bakal memanfaatkan 500,000 pelajar merangkumi universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan Madani untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar dan meringankan beban kewangan.

Ia juga bermatlamat bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda, terutama mahasiswa serta merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here