Kota Kinabalu, Sep-
Seorang petugas Sabah Electricity Sdn Bhd yang hilang dibawa arus banjir di Sungai Nuntunan, Apin-Apin, Keningau pada Selasa lepas ditemukan lemas petang semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Pisar Aziz berkata, mayat lelaki berusia 35 tahun itu ditemukan di kawasan Sungai Kampung Liau Laut pada 6.18 petang.
“Pasukan bomba membantu mengangkat mangsa dan (jenazah) akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Mohd Pisar berkata, operasi mencari dan menyelamat hari ini ditumpukan di sekitar Kampung Linsudan kerana kasut mangsa ditemukan di sekitar sungai kampung itu.
“Jarak dari lokasi mangsa dilaporkan hilang ialah 21km ke Kampung Linsudan,” katanya.





















