Hujung bulan ini harga RON95 diturunkan -PM tunai janji

Putrajaya, Sep-
Subsidi bersasar RON95 dijangka dilaksanakan pada hujung bulan ini, selaras dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun pelaksanaan mengambil sedikit masa, janji itu tetap ditunaikan sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

“Insya-ALLAH, Perdana Menteri tunaikan janji kepada rakyat Malaysia, hujung bulan ini harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter melalui subsidi bersasar.

“Beliau seorang yang berpegang pada kata-kata. ‘A man of his words’ dan setiap janji yang dibuat akan dilaksanakan untuk rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.

Dalam masa sama, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan orang ramai supaya segera memeriksa keadaan cip MyKad bagi memastikan ia berfungsi sebelum pelaksanaan subsidi bersasar bermula.

“Kalau cip rosak atau tak boleh dibaca, jangan risau, boleh terus ke mana-mana pejabat atau kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara. Insya-ALLAH, siap hari yang sama. Mudah dan cepat!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here