Kuala Lumpur, Okt-
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia sedang melaksana usaha bersungguh-sungguh untuk mambawa keluar semua aktivis negara yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) keluar menerusi Turkiye, dengan usaha itu dijangka mengambil masa satu dua atau hari ini.
Anwar beritahu beliau sudah menyampaikan permintaan itu kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan dan pemimpin dunia Islam itu turut bersetuju.
“Saya sudah minta jasa baik Erdogan untuk bawa (aktivis Malaysia keluar) ke mana-mana sempadan (dengan Israel) dan bawa ke Istanbul, dari Istanbul kita bawa pulang,” katanya ditemui media di sini hari ini.





















