Cadangan kumpulan restoran tambah pekerja asing – Rafizi tak setuju!

Kuala Lumpur, Jan-
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli tidak bersetuju dengan cadangan oleh dua kumpulan restoran agar kerajaan membenarkan lebih ramai pekerja asing dibawa masuk untuk sektor itu.

Dalam responsnya, Rafizi berkata, menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan akan terus memberi tumpuan pada usaha mengurangkan kebergantungan negara terhadap buruh asing berkemahiran rendah.

Walaupun perkara ini akan memberikan cabaran kepada perniagaan tertentu, beliau berkata, Putrajaya bertanggungjawab membantu majikan Malaysia mengurangkan kebergantungan terhadap buruh asing.

Rafizi mengakui, Rancangan Malaysia sebelum ini gagal menyelesaikan masalah itu, dengan bilangan pekerja asing yang dibawa masuk melebihi had yang ditetapkan.

“Setiap lima tahun, melalui Rancangan Msia, Kementerian Ekonomi meletakkan had nisbah pekerja asing … kita tak pernah berjaya, mesti terlebih setiap kali,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus dengan pemain industri bagi RMK13.

“Dalam melaksanakan MK13 ini, saya lebih suka bersikap telus … jadi tanggungjawab (kerajaan) untuk uruskan kemasukan pekerja asing berkemahiran rendah.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here