Ejen imigresen haram dicekup

Kuala Lumpur, Okt-
Seorang ejen imigresen haram ditahan dalam satu operasi khas yang dijalankan di sekitar Putrajaya, Selaa lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata operasi itu membabitkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Risikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, Putrajaya.

“Penahanan dibuat selepas dua minggu pemantauan dijalankan.

“Kami menahan seorang lelaki tempatan dan merampas lapan pasport warga India, sebuah telefon bimbit serta menyita sebuah kenderaan utiliti (SUV) yang dipercayai digunakan suspek bagi menjalankan aktivitinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek menawarkan perkhidmatan berkaitan imigresen bagi mendapatkan Pas Khas dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan menyasarkan warga India yang menetap di Lembah Klang.

“Dia dipercayai mengenakan bayaran antara RM400 hingga RM1,500 bagi setiap urusan,” katanya.

Zakaria memaklumkan semakan turut mendapati suspek pernah ditahan tahun lalu atas kesalahan sama dan dikenakan hukuman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here