Kemalangan lori tanah 4 cedera

Kuala Lumpur, Okt-
Empat cedera selepas lori membawa muatan tanah merempuh tiga kenderaan di Jalan Meru Tambahan, Kampung Bukit Cerakah, Klang.

Bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan pada 9.07 pagi tadi.

“Kejadian membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah lori tanah, sebuah lori sampah serta dua kereta Perodua Myvi.

“Siasatan mendapati terdapat tiga mangsa lelaki warga asing dan seorang perempuan warga tempatan berumur 34 tahun terbabit kemalangan itu dan cedera,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here