Alor Setar, Okt-
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat kepada 910 orang daripada 285 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Kulim dan Kuala Muda setakat jam 12 tengah hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataannya memaklumkan, mangsa banjir di Kulim mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 858 mangsa daripada 261 keluarga di enam PPS yang dibuka setakat ini.
PPS Surau Taman Sang Kancil mencatatkan bilangan mangsa seramai 96 mangsa daripada 28 keluarga manakala PPS Dewan Kampung Paya Tok Betok menempatkan seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga dan PPS SMA Isaniah Jangkang pula menempatkan seramai 423 mangsa daripada 118 keluarga.
Selain itu, PPS SK Pagar Museh pula menempatkan seramai 199 mangsa daripada 67 keluarga manakala PPS SJKC (C) Khai Min menempatkan seramai 102 mangsa daripada 37 keluarga dan PPS Dewan Orang Ramai Sungai Karangan pula menempatkan seramai 22 mangsa daripada lapan keluarga.





















