Dakwaan kuantiti, kualiti RON95 diragui – KPDN siasat

Kuala Lumpur, Nov-
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan pihaknya memandang serius dakwaan di media sosial kononnya pengguna menerima kuantiti dan kualiti minyak RON95 yang diragui selepas pelaksanaan subsidi bersasar Budi MADANI RON95 (BUDI95).

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam, berkata susulan dakwaan itu, Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali sudah mengarahkan mengambil tindakan segera dan menyeluruh bagi memastikan isu terbabit dapat disiasat dengan telus dalam memastikan hak pengguna terus dilindungi.

“Sehingga kini KPDN sudah menerima enam aduan berkaitan kekurangan kuantiti minyak petrol RON95 dan tiada aduan rasmi diterima berkaitan isu kualiti rendah.

“Sehubungan itu, pegawai penguat kuasa KPDN sudah menjalankan siasatan dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dakwaan kekurangan kuantiti minyak petrol RON95,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here