Pemandu diserang sawan langgar tembok hospital

Kuala Lumpur, Jun-
Seorang lelaki tidak sedarkan diri selepas kereta dipandu hilang kawalan lalu melanggar tiang tembok batu di hadapan Jabatan X-ray Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, malam tadi.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian berlaku pada 10.20 malam ketika lelaki itu bersama rakannya dalam perjalanan dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru ke hospital pakar tersebut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta jenis Proton Saga 1.3 mengalami sawan.

“Keadaan itu menyebabkan kereta dipandu pekerja syarikat pembekalan barang ortopedik hospital berusia 30 tahun itu hilang kawalan sehingga terbabas melanggar tiang tembok batu di hadapan Jabatan X-ray hospital berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here