EV pertama Malaysia keluaran PERODUA

Kuala Lumpur, Dis-
Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa bangga dengan penghasilan kenderaan elektrik (EV) pertama oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), QV-E, yang membuktikan kepintaran dan disiplin anak tempatan.

Perdana Menteri berkata, di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang dilancarkan beliau pada 1 September 2023, PERODUA dilantik sebagai juara dan peneraju pengeluar automotif tempatan untuk membangunkan EV.

Bagaimanapun katanya, beliau ketika itu merasa sedikit gusar dan merasakan matlamat untuk melancarkan EV itu agak bercita-cita tinggi, selain kemungkinan tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran tempatan yang mencukupi.

“Hari ini saya sangat bangga, bukan saja kerana peluncuran EV PERODUA ini, tetapi ia dihasilkan oleh kepintaran, disiplin dan kegigihan anak tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here