Serdang, Jan-
Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang sebelum ini dilaporkan hilang pada 5 Januari lalu di tasik The Mines, Seri Kembangan, semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, mayat itu ditemukan seorang pekerja Cruise The Mines yang membuat aduan di Balai Polis Sungai Besi Indah, kira-kira pukul 2.25 petang.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki berusia 44 tahun.
“Mangsa ditemui terapung di Tasik The Mines, Seri Kembangan dan telah dilaporkan hilang pada 5 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Farid berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah Serdang bagi mengenal pasti punca kematian.













