Seremban, Feb-
Lelaki warga emas maut dirempuh kenderaan pelbagai guna miliknya selepas MPV jenis Toyota Unser itu dirempuh kenderaan lain di Jalan Persiaran Senawang 2, berdekatan Family Store, di sini, pagi tadi.
Ketika kejadian jam 9.30 pagi, mangsa yang berusia 64 tahun dikatakan berada di hadapan kenderaannya sebelum sebuah Perodua Viva dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar belakang MPV .
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, berkata rempuhan menyebabkan MPV itu bergerak ke depan dan melanggar pemiliknya sendiri.
“Akibat kemalangan itu, pemandu Toyota Unser yang cedera parah di kepala maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.





















