Longgokan barangan kitar semula terbakar

Shah Alam, Mac –

Sejumlah longgokan barangan kitar semula di kawasan terbuka terbakar di sebuah kilang di Jalan Nagasari, Seksyen 36 di sini, hari ini.

Kejadian dilaporkan kira-kira pukul 1.24 tengah hari sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam tiba di lokasi pada pukul 1.36 tengah hari selepas menempuh jarak kira-kira 11 kilometer.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran melibatkan longgokan bahan kitar semula di kawasan terbuka seluas 0.8 hektar dengan 31 anggota dan pegawai terlibat dalam operasi pemadaman.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan susulan kebakaran itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here