Lima kedai musnah terbakar

Sungai Buluh, Mac.
Lima kedai musnah dalam kebakaran di Bandar Baru Sungai Buloh di sini, awal pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kejadian pada 3.58 pagi.

Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran membabitkan lima deretan kedai setingkat terbakar. Api berjaya dikawal pada 4.39 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada 6.50 pagi, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seramai 22 pegawai dan anggota terbabit operasi pemadaman itu.

Kata beliau, berdasarkan laporan, kebakaran membabitkan sebuah kedai runcit dan stornya yang musnah 80 peratus, kedai barangan terpakai juga musnah 80 peratus, dua kedai makan dengan kemusnahan masing-masing 50 peratus serta 30 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here