Miri, Sep 9
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menangis ketika menzahirkan rasa terharu dengan sambutan penduduk Sabah meraikan keberangkatan tiba baginda dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa penjelajahan terakhir Kembara Kenali Borneo di negeri itu semalam.
Menerusi hantaran di Instagram Istana Negara pada Jumaat, berkongsikan video yang memaparkan Tunku Azizah menangis melihat kesanggupan rakyat Sabah menanti keberangkatan tiba baginda berdua dalam cuaca hujan lebat semasa perjalanan pasangan diraja itu dari Kota Kinabalu ke Sepitang, destinasi terakhir konvoi sebelum memasuki Lawas, Sarawak.
“Sabah ‘menangis’, saya juga turut menangis, rakyat menangis, langit menangis tetapi mereka masih tetap di luar sana dalam hujan lebat. Saya sudah separuh basah kerana saya buka tingkap.Terima kasih banyak-banyak. Tuanku (Al-Sultan Abdullah) dan saya akan mengenang perkara ini sepanjang hayat kami. Kami minta maaf dan kami rasa bersalah kepada rakyat yang menunggu di luar sana dalam hujan kerana kami tidak boleh keluar dan bertemu dengan mereka.




















