Banjir Kelantan-2 jalan di ditutup

Kuala Lumpur, Dis-
Dua kejadian tanah runtuh dan dua jalan utama terputus di jajahan Machang susulan banjir yang melanda Kelantan sejak semalam.

Pengarah Jabatan Kerja Raya Kelantan, Nik Soh Yaacoub, berkata dua jalan terbabit ialah jalan persekutuan FT 479 Jalan Kemuning-Bukit Belah dan jalan negeri D16 Jalan Batu 30-Temangan.

Menurutnya, dua jalan itu dinaiki air kira-kira 0.8m menyebabkan ia tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan berat dan ringan.

Beliau berkata, kejadian tanah runtuh pula berlaku di jalan masuk ke stesen VHF Bukit Bakar dan FT 008 jalan Kota Bharu-Gua Musang berdekatan Dataran Bukit Belah.

“JKR telah meletakkan papan tanda amaran dan penghadang di kawasan terlibat supaya pengguna berhati-hati serta mematuhi peraturan agar tidak berlaku kejadian tidak diingini,” katanya menurut Bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here