Jadikan LRT Sebagai Rumah Sendiri – Penumpang Dikritik

Kuala Lumpur, Dis 14.
Tindakan seorang penumpang Transit Aliran Massa (LRT) yang mengupas bawang putih di dalam pengangkutan awam itu mengundang kritikan netizen.

Dalam gambar yang tular di media sosial, Seorang lelaki pertengahan usia itu dilihat meletakkan bekalan makanan yang dibawa di tempat duduk bersebelahan, menyebabkan kerusi itu tidak dapat diduduki penumpang lain.

Lelaki itu tanpa rasa bersalah makan di khalayak umum, walaupun tindakan itu dilarang dalam LRT. Difahamkan, terdapat penumpang yang menegur perbuatan lelaki itu, namun tidak diendahkan.

Rata-rata netizen meminta meminta pengendali LRT, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) segera campur tangan dan mengambil tindakan terhadap penumpang itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here