Perpaduan kaum belum sempurna

Kuala Lumpur, Feb.
Setelah 60 tahun Malaysia dibentuk, hubungan perpaduan antara kaum masih belum sempurna, titah Sultan Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, ini kerana masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum lain.
“Oleh itu saya menyeru kepada kerajaan untuk rangka satu dasar ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni.

“Pepatah Melayu ada menyebut, melentur buluh biarlah dari rebungnya, yang bermaksud jika kita hendak melahirkan generasi masa depan yang bersatu padu dan saling memahami kita mesti membentuk mereka sejak dari kecil,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada perasmian serentak Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15.

Dalam masa sama, Sultan Ibrahim tmenyeru semua lapisan masyarakat supaya menjaga keharmonian negara dan tidak memainkan isu sensitif yang tidak libatkan raja, kaum dan agama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here