Pinjam MyKad orang lain, palsu – 7 Pengawal keselamatan ditahan

Kuala Lumpur, Jun-
Tujuh pengawal keselamatan ditahan kerana memiliki MyKad individu lain dan menggunakan kad pengenalan palsu dalam Ops Pengawal Keselamatan di sekitar Puchong, Selangor semalam.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, serbuan dijalankan susulan risikan selama dua minggu bagi memastikan individu yang melakukan kesalahan dikenakan hukuman.

Hasil pemeriksaan, pasukan daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya itu menahan tujuh orang, terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita.

“Kesemua suspek disyaki bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan menggunakan kad pengenalan palsu dan MyKad orang lain sebagai identiti mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua suspek itu disyaki bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan menggunakan kad pengenalan palsu dan MyKad orang lain sebagai identiti mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek itu merupakan warga Filipina berusia 36 hingga 62 tahun dan ditahan bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here