Dua mayat disahkan ibu dan anak, dibunuh

Alor Setar, Ogos-
Dua mayat yang ditemui dalam longkang di belakang bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala, di sini semalam, disahkan adalah dua beranak.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, berkata mayat wanita berusia 34 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu ditemui kira-kira jam 5 petang semalam.

Beliau berkata, mayat dua beranak itu ditemui orang awam sebelum menghubungi pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 5.04 petang.

“Sejurus menerima laporan, pasukan penyiasat digerakkan ke lokasi untuk melakukan siasatan awal. Siasatan di lokasi mendapati kedua-dua mayat yang lengkap berpakaian tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan terlentang berdekatan antara satu sama lain di dalam longkang kecil.

“Mereka ditemui dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mayat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.Siti Nor Salawati berkata, mayat kedua-dua beranak yang dipercayai warganegara asing itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi tujuan bedah siasat.

Beliau berkata, berdasarkan risikan pantas yang dilakukan, polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun yang dipercayai bapa dan suami mangsa pada jam 9 malam tadi di Masjid Bukit Pinang, di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here