Kuala Lumpur, Okt 16.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenal Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu yang boleh diakses oleh ahli pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata KWSP akan menstruktur semula akaun ahli untuk mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang, dalam usaha memperkasa simpanan persaraan serta landskap kerja yang berkembang ke arah tidak formal. Katanya, perkara itu antara empat perkara utama yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu.
“Penambahbaikan dan pelanjutan program i-Saraan melangkaui tahun 2023 iaitu daripada RM300 kepada RM500 setahun. Ia ditambah baik kepada rakyat Malaysia dalam sektor tidak formal, termasuk golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap di bawah umur 60 tahun yang mencarum secara sukarela. Ia dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 350,000 peserta.